Monday, December 3, 2018

CARA MENGIMARAHKAN MASJID.

Masjid merupakan syiar dan menjadi hak bersama masyarakat Islam. Oleh itu, kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di masjid. Antara cara mengimarahkan masjid termasuklah :

Solat Berjemaah
Menunaikan solat fardhu berjemaah setiap waktu dan berazam untuk datang lagi ke masjid. Solat berjemaah merupakan fardhu kifayah yang menunjukkan pentingnya masjid kepada umat Islam sebagai satu tempat ibadah.

Membaca Al-Quran

Tempat belajar membaca Al-Quran dan tafsir, berzikir, beriktikaf. Umat Islam dapat melakukan pelbagai ibadah di dalam masjid mengikut keperluan dan kemahuan sendiri. Malah, boleh melakukan pelbagai jenis ibadah dalam satu masa.

Bilik bagi musafir
Mewujudkan bilik bagi musafir. Hal ini menggalakkan lebih ramai yang datang ke masjid. Di samping memenuhi keperluan semasa. Usaha ini juga dapat mengimarahkan masjid sebagai pusat ibadah setempat dan sejagat.


Aktiviti Riadah
Mengadakan pelbagai aktiviti untuk menarik minat semua lapisan masyarakat seperti sukan dan riadah.


Related Posts:

  • ADAB DI MASJID ( KETIKA BERADA DI DALAM MASJID)ADAB KETIKA BERADA DI DALAM MASJID 1. Menunaikan solat Tahiyyatul Masjid. 2) Niat beri'tikaf selepas selesai solat sunat Tahiyyatul Masjid. 3) Duduk dengan tertib menghadap kiblat. 4) Menjaga k… Read More
  • HIKMAH BERADAB DI MASJID. Dapat menenangkan akal fikiran ketika berada di dalam masjid kerana semua orang menjaga adab masing-masing. Merasai ketenangan jiwa ketika berada di dalam masjid kerana masing-masing … Read More
  • CARA MENGIMARAHKAN MASJID. Masjid merupakan syiar dan menjadi hak bersama masyarakat Islam. Oleh itu, kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di masjid. Antara cara mengimarahkan masjid termasuklah : So… Read More
  • ADAB DI MASJID ( ADAB SEBELUM MASUK KE DALAM MASJID )ADAB KETIKA MASUK KE MASJID Berikut merupakan beberapa adab yang perlu kita lakukan ketika masuk ke dalam masjid : 1) Disunatkan untuk membaca doa sebelum masuk ke dalam masjid. 2) Membaca selawat ketika melihat masji… Read More
  • ADAB DI MASJID ( ADAB KETIKA KELUAR DARI MASJID )ADAB KETIKA KELUAR DARI MASJID Masjid merupakan sebuah tempat yang mulia bagi umat Islam untuk mereka melaksanakan ibadah. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa adab yang perlu dijaga ketika berada di dalam masjid mahupu… Read More

3 comments: