Tuesday, December 4, 2018

ADAB DI MASJID ( ADAB KETIKA KELUAR DARI MASJID )

ADAB KETIKA KELUAR DARI MASJID

Masjid merupakan sebuah tempat yang mulia bagi umat Islam untuk mereka melaksanakan ibadah. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa adab yang perlu dijaga ketika berada di dalam masjid mahupun ketika keluar daripada masjid. Di sini, kita akan melihat beberapa adab yang digalakkan untuk melakukannya ketika keluar daripada masjid.

Antara adab tersebut adalah :

1) Disunatkan membaca doa keluar masjid.

2) Memulakan langkah dengan kaki kiri.


3) Memberi salam kepada mereka yang berada di dalam atau berhampiran pintu masjid (mengikut keadaan).

ADAB DI MASJID ( KETIKA BERADA DI DALAM MASJID)

ADAB KETIKA BERADA DI DALAM MASJID

1. Menunaikan solat Tahiyyatul Masjid.




2) Niat beri'tikaf selepas selesai solat sunat Tahiyyatul Masjid.




3) Duduk dengan tertib menghadap kiblat.




4) Menjaga ketenteraman masjid.


5) Berzikir, membaca Al-Quran, menuntut ilmu dan berselawat.




6) Memperkatakan sesuatu yang berfaedah.





Monday, December 3, 2018

ADAB DI MASJID ( ADAB SEBELUM MASUK KE DALAM MASJID )

ADAB KETIKA MASUK KE MASJID

Berikut merupakan beberapa adab yang perlu kita lakukan ketika masuk ke dalam masjid :

1) Disunatkan untuk membaca doa sebelum masuk ke dalam masjid.


2) Membaca selawat ketika melihat masjid.


3) Mendahulukan kaki kanan ketika melangkah masuk ke dalam masjid.



4) Tidak membawa sesuatu yang berbau sehingga mengganggu keselesaan  jemaah yang lain.


CARA MENGIMARAHKAN MASJID.

Masjid merupakan syiar dan menjadi hak bersama masyarakat Islam. Oleh itu, kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di masjid. Antara cara mengimarahkan masjid termasuklah :

Solat Berjemaah
Menunaikan solat fardhu berjemaah setiap waktu dan berazam untuk datang lagi ke masjid. Solat berjemaah merupakan fardhu kifayah yang menunjukkan pentingnya masjid kepada umat Islam sebagai satu tempat ibadah.

Membaca Al-Quran

Tempat belajar membaca Al-Quran dan tafsir, berzikir, beriktikaf. Umat Islam dapat melakukan pelbagai ibadah di dalam masjid mengikut keperluan dan kemahuan sendiri. Malah, boleh melakukan pelbagai jenis ibadah dalam satu masa.

Bilik bagi musafir
Mewujudkan bilik bagi musafir. Hal ini menggalakkan lebih ramai yang datang ke masjid. Di samping memenuhi keperluan semasa. Usaha ini juga dapat mengimarahkan masjid sebagai pusat ibadah setempat dan sejagat.


Aktiviti Riadah
Mengadakan pelbagai aktiviti untuk menarik minat semua lapisan masyarakat seperti sukan dan riadah.


Dalil Naqli Adab di Masjid

DALIL NAQLI ADAB DI MASJID



2. Daripada Abu Qatadah Rasulullah s.a.w. bersabda:



HIKMAH BERADAB DI MASJID.


Dapat menenangkan akal fikiran ketika berada di dalam masjid kerana semua orang menjaga adab masing-masing.


Merasai ketenangan jiwa ketika berada di dalam masjid kerana masing-masing menumpukan sepenuh hati beribadah kepada Allah S.W.T.


Mengeratkan persaudaraan sesama umat Islam. Timbul perasaan mahabbah kerana memenuhi tuntutan agama. 


Dapat melaksanakan ibadah dengan selesa dan khusyuk apabila suasana persekitaran tenteram. Jika semua orang beradab ketika berada di dalam masjid, kita dapat beribadah dengan khusyuk.


Memperkasakan fungsi masjid yang lebih meluas. Masjid digunakan untuk kepentingan umat dan meningkatkan syiar Islam.


Kembali kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Baginda membina dan memakmurkan masjid di mana-mana sahaja Baginda berada.


MAKSUD MASJID


MAKSUD MASJID




.BAHASA : Berasal daripada perkataan arab سَجَدَ . Tempat sujud

ISTILAH : Tempat yang dibina khusus untuk solat lima waktu dan solat sunat bagi orang islam