CARA MENGIMARAHKAN MASJID.
Masjid merupakan syiar dan menjadi hak bersama masyarakat Islam. Oleh itu, kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di masjid. Antara cara mengimarahkan masjid termasuklah :
|
Solat Berjemaah |
Menunaikan solat fardhu berjemaah setiap waktu dan berazam untuk datang lagi ke masjid. Solat berjemaah merupakan fardhu kifayah yang menunjukkan pentingnya masjid kepada umat Islam sebagai satu tempat ibadah.
|
Membaca Al-Quran |
Tempat belajar membaca Al-Quran dan tafsir, berzikir, beriktikaf. Umat Islam dapat melakukan pelbagai ibadah di dalam masjid mengikut keperluan dan kemahuan sendiri. Malah, boleh melakukan pelbagai jenis ibadah dalam satu masa.
|
Bilik bagi musafir |
Mewujudkan bilik bagi musafir. Hal ini menggalakkan lebih ramai yang datang ke masjid. Di samping memenuhi keperluan semasa. Usaha ini juga dapat mengimarahkan masjid sebagai pusat ibadah setempat dan sejagat.
|
Aktiviti Riadah |
Mengadakan pelbagai aktiviti untuk menarik minat semua lapisan masyarakat seperti sukan dan riadah.
Saya cdgkn ltk lg cra mngimrhkn msjid selain drpd di dlm bku teks... 😊👍🏻
ReplyDeleteOk la
ReplyDeleteSetuju...
ReplyDelete