Monday, December 3, 2018

HIKMAH BERADAB DI MASJID.


Dapat menenangkan akal fikiran ketika berada di dalam masjid kerana semua orang menjaga adab masing-masing.


Merasai ketenangan jiwa ketika berada di dalam masjid kerana masing-masing menumpukan sepenuh hati beribadah kepada Allah S.W.T.


Mengeratkan persaudaraan sesama umat Islam. Timbul perasaan mahabbah kerana memenuhi tuntutan agama. 


Dapat melaksanakan ibadah dengan selesa dan khusyuk apabila suasana persekitaran tenteram. Jika semua orang beradab ketika berada di dalam masjid, kita dapat beribadah dengan khusyuk.


Memperkasakan fungsi masjid yang lebih meluas. Masjid digunakan untuk kepentingan umat dan meningkatkan syiar Islam.


Kembali kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Baginda membina dan memakmurkan masjid di mana-mana sahaja Baginda berada.


0 comments:

Post a Comment